Wednesday, 3 July 2013

kata HaTi

Assalamualaikum. W.b.t
Lama sudah tidak update blog. Besarang sudah . Now I in semester 7.  One semester left for go to the practical time. Saya takut untuk mengahadapi semua itu, tapi saya yakin saya boleh menjadi cikgu yang terbaik kepada bakal students saya. Rasa sedih pulak meninggalkan semester lalu yang saya rasa semester yang sangat saya kenang. Dimana  saya rasa seperti saya sentiasa dikejar masa dari belakang yang terlalu cepat berlalu yang mana saya tidak puas untuk belajar. Apakan daya hanya dalam masa 3 bulan jak untuk belajar rasa sedih meninggalkan subjek calculus, introduction to linear algebra, research method, modern geometric and introduction to statistical analysis kalau boleh saya mahu belajar ini saja sebab subjek ini best. Semester lalu nayak mengajar saya menghargai masa dan sentiasa belajar wlupun sesibuk mana. Lecture2 saya semester lalu yang baik hati dan xlah teralau strict. Saya selesa dengan 3 orang leture ne. orang kata sbnyak kita usaha pasti akn membuahkan hasil yang bnyak.. time exam sem lepas dimana saya sangat stress saya takut tidak dapat apa yang saya harapakan. Tapi saya tetap usaha. Sebab hati kuat mengatakn usha tangga kejayaan. Saya tahu saya bukan lah students yang pandai tapi saya sentiasa cuba untuk jadi itu dengan syarat saya mesti rajin. Saya selalu endakn apa orang kata saya di belakang. Sebab tue akan menjatuhkan saya saja . time cuti lpas exam dalam kepala sentiasa ingt pasal exam apakah saya daapat apa yang saya mahu.?? Sampai result exam keluar bedbar rasanya smpai tangan ini beketar ketakutan . hari tu sya ada mimpi result saya dimana saya dapat keputusan yang teruk dn hnya sekadar lulus. Menuggu keputusan exam keluar masa yang terlalu lama bagi sya. Alhamdulilah saya dapat apa yang saya inginkan. Saya rasa macam nak menjerit sebab semuanya di luar jangkaan saya. Cuma sangat kecewa dimana subject Introduction to statistical analysis saya hanya dapat A- . SAYA tak tahu dimana silapnya. Mungkin saaya confident untuk dpat A+ . tapi mugkin bukan rezeki saya untuk subjek tu. Tp alhamdulilah besyukur sangat. Terima Kasih Ya ALLAH . sentiasa mendengar permintaan hampaMu ini.  Saya bukanlah pelajar yang cemerlang tapi saya nak share bagaimana menjadi pelajar yang emerlang bak kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan J




menjadi pelajar cemerlang

BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

KAEDAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:


BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah:

1.Tenang / damai

2.Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi

3.Elakkan daripada gangguan bunyi bising

Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.

SENTIASA BERSEDIA

Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan.

  • MENETUKAN MATLAMAT
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.
  • SENTIASA MELAKUKAN AMALAN KEROHANIAN
Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.
  • MEMBUAT NOTA RINGKAS
Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.
Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warna.
  • MENGULANGKAJI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH OUTPUT LEARNING
Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.

Diatas merupakan kaedah untuk membantu kita dalam mengulangkaji dengan mudah.Kaedah-kaedah diatas boleh membantu kita dalam belajar dengan mudah. Pencapaian tidak tiba dengan mudah selagi kita tidak mencuba dan mengunakan tenaga yang ada untuk menjadi pelajar dan mengamalkan cara belajar yang berkesan.